BERITA UTAMA
Banjir: Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan

Banjir: Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan

KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir di beberapa negeri terus catat penurunan ke 31,962 orang daripada 10,073 keluarga setakat 6 pagi Jumaat.

Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 120 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di tujuh negeri.

Mangsa banjir di Kelantan menujukkan penurunan kepada 23,366 orang daripada 7,551 keluarga yang ditempatkan di 50 PPS.

Kedah rekodkan 5,525 mangsa daripada 1,744 keluarga yang berlindung di 23 PPS.

Manakala Terengganu pula rekodkan 5,525 mangsa daripada 1,744 keluarga yang ditempatkan di 22 PPS.

Johor pula rekodkan 966 mangsa daripada 269 keluarga yang ditempatkan di 17 PPS yang masih dibuka di Segamat dan Tangkak.

Sementara perak catat 157 mangsa banjir daripada 55 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

Dalam pada itu sebanyak dua PPS dibuka di Jasin, Melaka bagi menempatkan 148 mangsa banjir daripada 37 keluarga.

Pahang merekodkan 15 mangsa daripada 5 keluarga yang ditempatkan di satu PPS.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *