Kesilapan Kelleher bawa padah buat Liverpool

Kesilapan Kelleher bawa padah buat Liverpool

NEWCASTLE, England – Catatan tujuh kemenangan berturut-turut Liverpool berakhir dengan penamat dramatik apabila gol penyamaan Fabian Schar pada minit terakhir memaksa pendahulu Liga Perdana Inggeris itu seri 3-3 di Newcastle awal pagi tadi.

Anak buah Arne Slot hanya dipisahkan beberapa saat daripada melakar satu lagi kemenangan dalam permulaan impian musim ini selepas Mohamed Salah menjaringkan gol keduanya menuju penghujung perlawanan.

Namun, berdepan ujian getir di Tyneside, Liverpool gagal mempertahankan kelebihan mereka ketika Schar menghukum kesilapan penjaga gol Liverpool, Caoimhin Kelleher.

Gol roket Alexander Isak pada babak pertama meletakkan Newcastle di depan sebelum Curtis Jones menyamakan kedudukan selepas rehat.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Anthony Gordon mengembalikan kelebihan Newcastle sebelum dua gol Salah membolehkannya mengumpul 15 gol dalam semua pertandingan musim ini, termasuk sembilan dalam tujuh aksi terakhir liga.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *