KUALA LUMPUR – Perkasa menggesa orang bukan Islam agar tolong belajar menghormati orang Islam sebagai bangsa majoriti di negara ini.
Ini kata Ahli Dewan Tertinggi (ADT) NGO itu, Azrol Mansor, susulan kenyataan dari pemimpin DAP yang mengatakan sayap parti itu paling miskin dan layak menerima zakat.
Ujar beliau, apakah kenyataan itu salah satu penghinaan kepada orang Islam?
“Ayat layak mendapat zakat adalah ayat yang selalu digunakan untuk orang Islam dan juga golongan yang layak untuk mendapatkan zakat.
“Tetapi, apa kena mengena dengan sayap parti DAP untuk menerima zakat? Ini ayat yang mengelirukan.
“Perkasa juga ingin bertanya apakah maksud tersirat yang hendak disampaikan pemimpinnya, Nga Kor Ming melalui perkataan zakat ini?” soalnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Menurut beliau, sebelum ini ada pemimpin DAP pernah mempertikaikan sijil halal, tetapi hari ini ada pula yang mengatakan layak untuk mendapat zakat.
“Kenapa orang Melayu dan Islam perlu dipersendakan sampai macam ini sekali?,” katanya.
Azrol menegaskan agar DAP jangan mencabar kesabaran orang Melayu dan Islam yang selama ini diam apabila dihina.
Kata beliau, kesabaran orang Melayu juga ada hadnya dan Perkasa mengingatkan mereka bahawa bangsa majoriti negara ini perlu dihormati kalau mahukan pihaknya menghormati bangsa bukan Melayu. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252