KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJM), Centre for Independent Journalism (CIJ) dan Gerakan Media Merdeka (GERAMM) menuntut Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi penjelasan berhubung cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Tuntutan itu dibuat berikutan desas-desus bahawa syarat dan penalti bagi media akan diperluas dan diperketatkan di bawah pindaan berkenaan.
Dalam satu kenyataan, NUJM, CIJ dan GERAMM menyatakan, mereka memandang serius perkembangan tersebut kerana ia dikhuatiri akan memberi impak besar kepada organisasi dan petugas media serta mengugat kebebasan media di Malaysia
Sehubungan itu, mereka menggesa pihak KDN untuk tampil memberi penjelasan dan memaklumkan kepada situasi sebenar membabitkan cadangan pindaan berkenaan.
Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa pindaan oleh KDN itu termasuk mengembalikan keperluan pembaharuan lesen setiap tiga tahun dan meluaskan takrifan penerbitan, termasuk kandungan digital dan elektronik.
Ia menimbulkan kebimbangan tentang bagaimana platform dalam talian dan kandungan yang dihasilkan pengguna akan dipantau dan dikawal.
Pindaan terhadap akta ini juga dikatakan akan memperluas hukuman jenayah dan memperkenalkan penalti yang lebih berat.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252