BERITA UTAMA
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM

“Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli” – SUHAKAM

KUALA LUMPUR – Memberi alasan bahawa pelatih ala-tentera mesti tahan lasak adalah alasan tidak masuk akal untuk membudayakan buli di institut pengajian tinggi.

Pesuruhjaya Surahanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof. Datuk Noor Aziah Mohd Awal berkata, mentaliti itu mesti dihentikan serta-merta kerana perlakuan melampau itu adalah lebih dekat kepada penderaan berbanding latihan.

“Bagi institusi ini yang ala-ketenteraan. Mereka kata hendaklah tahan lasak. Alasan-alasan itu, bagi saya, ialah alasan yang tidak masuk akal dan sepatutnya dihentikan serta-merta.

“Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Tiga Penjuru pada Khamis.

‘Pelatih hendaklah tahan lasak’, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli – SUHAKAM

Noor Aziah menyuarakan kekecewaan yang sangat mendalam terhadap laporan buli yang berlaku di institusi pengajian tinggi.

Jelasnya, hal tersebut tidak boleh dibiarkan berlaku kepada pelajar-pelajar tersebut akan menjadi bapa kepada anak-anak dan suami kepada isteri.

“Kita ada kajian yang menunjukkan bahawa jika seseorang itu pernah didera, maka suatu hari nanti dia juga akan menjadi pendera.

“Saya juga hendak sebut dari aspek sekolah yang mana kita selalu buat siasatan dera dan buli ini. Kebiasaannya, anak tersebut ada masalah juga. Sama ada mereka dibuli di rumah atau dia lihat ibunya dibuli oleh bapa,” ujarnya.

Pada 10 November lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima satu laporan mengenai seorang penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) cedera parah dengan keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak penuntut senior dalam kejadian pada 21 Oktober lalu.

Dua hari sebelumnya, seorang pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) universiti yang sama mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan mencederakan juniornya menggunakan seterika wap panas, bulan lepas.

Insiden yang mendatangkan kecederaan ini berlaku hanya selepas kira-kira empat bulan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *