BERITA UTAMA
Ribut petir, hujan lebat, angin kencang hampir semua negeri petang ini

Ribut petir, hujan lebat diramal melanda beberapa negeri hingga tengah hari

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga 12 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 8.40 pagi, Met Malaysia memaklumkan kawasan terlibat ialah seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala Selangor membabitkan Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Keadaan sama turut diramal melanda Perak (Kerian), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau), Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan) dan Terengganu (Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).

Di Sarawak, kawasan yang mungkin terjejas ialah Kuching dan Samarahan (Samarahan dan Asajaya). – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *