Bangladesh mohon bantuan Singapura dapatkan semula wang dipindahkan secara haram

Bangladesh mohon bantuan Singapura dapatkan semula wang dipindahkan secara haram

DHAKA – Ketua Penasihat Kerajaan Sementara Bangladesh, Dr Muhammad Yunus pada Ahad menggesa Singapura membantu untuk mendapatkan semula berbilion dolar wang yang diubah secara haram dari Bangladesh dan meminimumkan kos penghijrahan dari negara itu, menurut United News of Bangladesh (UNB).

“Sejumlah besar wang telah dipindahkan keluar dari Bangladesh ke banyak negara, termasuk Singapura,” lapor UNB yang memetik kenyataan Prof Yunus kepada Duta Besar Singapura ke Bangladesh, Derek Loh, ketika mereka berbincang selama kira-kira satu jam.

Ketua Penasihat itu semasa pertemuan di pejabatnya di Tejgaon, berkata: “Kami memerlukan kerjasama penuh Singapura.”

Duta Besar Loh dalam reaksinya berjanji untuk bekerjasama dengan Dhaka, menurut unit media Ketua Penasihat itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Dr Yunus juga menggesa negara pulau itu untuk bekerjasama dengan Dhaka dalam matlamatnya untuk mengurangkan kos pengambilan pekerja dari Bangladesh dengan ketara.

Beliau berkata, kerajaan sementara mahu menurunkan kos penghijrahan dengan tujuan membantu pekerja luar negara dari negara ini menghantar lebih banyak wang kepada keluarga mereka

“Kami boleh mewujudkan struktur model dengan Singapura untuk mengurangkan kos pengambilan,” kata Prof Yunus. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *