BERITA UTAMA
Jerman tutup tiga konsulat Iran selepas pelaksanaan hukuman mati dua rakyatnya

Jerman tutup tiga konsulat Iran selepas pelaksanaan hukuman mati seorang rakyatnya

BERLIN – Jerman akan menutup semua tiga konsulat Iran di negara ini sebagai tindak balas terhadap pelaksanaan hukuman mati ke atas seorang lelaki dua kerakyatan Jerman-Iran, Jamshid Sharmahd, kata Pejabat Luar Negara pada Khamis.

Agensi berita Jerman (dpa) melaporkan, langkah itu melibatkan perwakilan Iran di Hamburg, Frankfurt dan Munich, namun tidak termasuk kedutaan di Berlin.

Seramai 32 kakitangan di konsulat terlibat akan kehilangan hak untuk tinggal di Jerman dan mesti meninggalkan negara itu, kecuali jika mereka mempunyai kewarganegaraan Jerman.

Pengumuman pelaksanaan hukuman mati terhadap Sharmahd dibuat oleh Tehran pada Isnin, mendorong Menteri Luar Annalena Baerbock memberi amaran mengenai “akibat yang serius” serta memanggil duta Iran di Berlin. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *