UNIKNYA walaupun bersebelahan, kedua-dua terowong yang membelah hutan belantara negeri Perak ini tidak sama panjang.
Terowong yang menghala ke Selatan dipanggil Terowong Meru (880 meter) sementara yang menghala ke Utara pula dipanggil Terowong Menora (830 meter).
Asalnya, terowong yang menembusi Banjaran Keledang ini merupakan sebahagian daripada projek lebuhraya Ipoh – Changkat Jering sepanjang 55km. Kini projek bernilai RM360 juta tersebut telah menjadi sebahagian daripada komponen Lebuhraya Utara-Selatan.
Mula dibuka pada 31 Ogos 1986, terowong ini telah menjadi salah satu keajaiban kejuruteraan Asia pada ketika ia beroperasi 38 tahun dahulu. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252