5 calon ganti Ten Hag

5 calon ganti Ten Hag

LONDON – Erik ten Hag akhirnya disingkirkan selepas prestasi buruk Manchester United, namun siapa yang akan menjadi pengurus untuk memimpin kelab itu ke masa hadapan?

Pengendali dari Belanda berusia 54 tahun itu dilantik pada musim panas 2022 bagi menggantikan Ralf Rangnick.

Ten Hag juga diberikan kontrak yang lebih baik pada musim panas berikutan kemenangan United dalam Piala FA – walaupun mereka mengalami rekod terburuk apabila menamatkan Liga Perdana Inggeris di tangga kelapan.

Namun, hari ini, dengan United jatuh ke tangga ke-14 susulan kekalahan 1-2 di West Ham dan tanpa kemenangan dalam tiga perlawanan pertama Liga Europa, Ten Hag akhirnya dipecat.

United dalam kenyataan memaklumkan: “Erik ten Hag sudah meninggalkan peranannya sebagai pengurus pasukan utama Manchester United.

“Ruud van Nistelrooy akan mengambil alih pasukan sebagai ketua jurulatih sementara, dibantu oleh pasukan kejurulatihan semasa, manakala ketua jurulatih tetap yang baharu akan dilantik.”

Van Nistelrooy akan mengambil alih pasukan dalam tempoh masa yang singkat, namun bolehkah ia membawa kepada jawatan tetap?

Akhbar British The Sun menyenaraikan lima calon teratas yang berpotensi untuk dilantik sebagai jurulatih tetap United.

  1. Ruud van Nistelrooy

Legenda The Red Devils berusia 48 tahun ini tidak asing dengan tekanan Old Trafford.

Van Nistelrooy menjaringkan 150 gol dalam 219 perlawanan untuk United dan membantu mereka merangkul kejuaraan Liga Perdana 2002-03.

Penyerang itu juga menjadi bintang bersama kelab gergasi, Real Madrid sebelum menyertai arena kejurulatihan.

  1. Gareth Southgate

Bekas bos England berusia 54 tahun ini sudah lama dikaitkan dengan jawatan di United.

Bekas pertahanan Crystal Palace, Aston Villa dan Middlesbrough itu menikmati kejayaan besar sebagai pengurus – walaupun tanpa meraih trofi utama.

Southgate menguruskan Middlesbrough antara 2006 hingga 2009 sebelum mengemudi skuad bawah 21 (B-21) tahun England antara 2013 hingga 2016.

Bekas pemain antarabangsa Three Lions itu kemudiannya memikul tugas bersama skuad senior kebangsaan, menggantikan Roy Hodgson.

  1. Edin Terzic

Awal bulan ini, SunSport mendedahkan Edin Terzic adalah nama mengejutkan dalam senarai United untuk menggantikan Ten Hag.

Pengendali dari Jerman itu membawa Borussia Dortmund ke final Liga Juara-Juara musim lalu sebelum meletakkan jawatan secara mengejut.

Dia mempunyai ramai peminat di Old Trafford, namun di luar jangkaan untuk jawatan itu menjadi miliknya jika Ten Hag dipecat.

  1. Graham Potter

Pengendali dari England berusia 49 tahun ini tidak bekerja sejak dipecat Chelsea pada April 2023.

Peminat tertarik dengan pendekatan menyerang yang dilakukan Potter di Brighton sebelum dia diburu The Blues.

  1. Kieran McKenna

McKenna, 38, berperanan sebagai jurulatih skuad B-18 Spurs dan United sebelum mendapat jawatan teratas di Ipswich Town.

Pengurus muda itu membimbing skuad Tractor Boys dengan cemerlang apabila membawa mereka dari League One kembali ke Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *