SEMPORNA – Lelaki warga emas yang dilapor hilang ketika keluar menangkap ikan di sungai Ladang Pinang, dekat sini sejak jam 6 pagi semalam ditemukan lemas, hari ini.
Mayat mangsa, 60, ditemui penduduk kampung kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Madzlan Sarman, berkata mangsa dilapor keluar menangkap ikan di sungai berkenaan jam 6 pagi semalam menggunakan bot, namun belum pulang ke rumah.
“Orang kampung membuat pencarian awal sebelum menemui bot mangsa tanpa pengemudi,” katanya.
Bagaimanapun kira-kira jam 1.30 tengah hari, mayat mangsa ditemui pada jarak satu kilometer dari lokasi bot mangsa dan dia disahkan meninggal dunia oleh pihak polis.
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252