TIADA angin, tiada ribut, pelakon Diana Danielle mengumumkan dia sudah mengambil keputusan untuk berpisah dengan suaminya, aktor Farid Kamil.
Menerusi Instagram pada Isnin, Diana turut memberitahu dia juga akan memfailkan perceraian terhadap suaminya itu.
“Saya ambil keputusan untuk secara rasmi berpisah dengan suami dan akan memfailkan perceraian,” kongsinya di Instagram.
Pada perkongsian yang sama, Diana bagaimanapun memilih untuk mengunci mulut mengenai keputusan yang telah dibuat.
Diana berkata, kembali rujuk bukan untuk semua orang dan meminta dirinya untuk dilepaskan.
“Tidak, saya tidak akan memberi penjelasan kenapa. Mungkin seperti biasa, dia akan… dengan bunga dan cincin dan janji kosong. Have a nice life.
“Rujuk bukan untuk semua orang. Lepaskan saya. Terima kasih,” ujarnya.
Untuk rekod, Diana dan Farid pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu, namun kembali rujuk selepas sebulan berpisah. – Gempak
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252