Kuala Lumpur: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) minta penjelasan Jabatan Warisan Negara (JWN) tindakan agensi itu mengangkat Tarian Singa dan Chingay sebagai warisan identiti negara.
Ketua Penerangannya, Irwan Fahmi Ideris berkata, sejak Kerajaan Madani mengambil alih tampuk pimpinan negara, warisan Melayu dilihat cuba dihapuskan.
Beliau turut mempersoalkan kenapa warisan berkaitan Cina dan India diangkat sebagai warisan negara.
“Perkasa juga ingin bertanya apakah kriteria sesuatu warisan yang memboleh kan sesuatu budaya itu harus di angkat sebagai identiti Malaysia? Perkasa juga berasa pelik kerana Tarian Singa dan Chingay turut tercalon untuk di angkat sebagai warisan identiti negara?
“Jika sebelum ini Bak kut teh (sup tulang babi) menjadi makanan warisan, hari ini pula tular untuk mengangkat tarian singa sebagai pencalonan bagi tahun 2025. Apakah yang sedang berlaku di negara kita?”, soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, PERKASA menyambut baik cadangan JWN dalam menyenaraikan warisan dalam penganjuran program Road To UNESCO.
Namun katanya, biarlah dari segi warisan yang sudah berkurun menjadi aktiviti tempatan.
“Kita bangsa Melayu menghormati bangsa dan adat kamu tetapi jangan melampaui batas,” katanya. – Nasional Daily
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252