BERITA UTAMA

GISBH: Reman 4 beranak lupus bukti buku Aurad Muhammadiah, Al- Arqam sambung 3 hari lagi

KOTA BHARU: Bapa bersama tiga anak lelakinya yang ditahan susulan tindakan melupuskan bahan bukti berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al-Arqam disambung reman tiga hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Perintah sambung reman bermula esok ke atas empat beranak berusia antara 15 hingga 48 tahun yang disyaki ahli Global Holdings (GISBH) yang digempur melalui Op Global itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid untuk membantu siasatan pihak polis mengikut Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Empat beranak itu ditahan di Seri Alam, Johor pada 24 September lalu selepas dipercayai cuba melupuskan bahan bukti dengan menanam buku di Kampung Panji di sini dan direman tiga hari yang sepatutnya berakhir hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis melakukan serbuan di kediaman pimpinan dan pengikut GISBH di Kampung Panji, Sabtu lalu.

Menerusi operasi berkenaan, puluhan buku ditemui ditanam di tepi sungai Pengkalan Datu di Kampung Panji dan lebih 30 individu termasuk isteri kedua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH diperiksa dan dibawa ke pusat saringan.

Pada 24 September, Polis Kelantan menyerbu rumah amal dan sekolah milik GISBH di Gong Kulim, Pasir Puteh dan menemukan pelbagai jenis buku berkaitan Aurad Muhammadiah dan Al Arqam yang disembunyikan dalam stor dalam rumah amal terbabit.


Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *