YBR semarak semangat patriotism menerusi Program Penghayatan Kemerdekaan

YBR semarak semangat patriotism menerusi Program Penghayatan Kemerdekaan

LENGGONG – Seramai 350 komuniti sekitar Felda Lawin Selatan di sini, menyertai Program Penghayatan Merdeka (Merdeka Ride) sempena Bulan Kebangsaan 2024 anjuran Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Tujuan program itu adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara di kalangan rakyat terutama pelajar dan komuniti setempat.

Menurut Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, selain pemupukan itu, pihaknya juga dapat mendidik masyarakat mengenai makna dan kepentingan kemerdekaan kepada Malaysia.

“Saya amat menyokong program sebegini, di mana ia secara tidak langsung dapat meningkatkan semangat perpaduan serta kecintaan kepada negara.

“Program ini adalah komitmen YBR dalam mewujudkan sikap toleransi dan mengamalkan budaya saling hormat-menghormati tidak kira kaum, bangsa dan agama di kalangan masyarakat desa”.

“Malah, ia turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, mewarna, tumbuk sambal belacan, moto lambat dan tukar minyak hitam secara percuma kepada komuniti desa,” katanya pada majlis itu di sini, hari ini.

Program penuh bermakna itu dirasmikan Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Lenggong (SRCC Lenggong), Datuk Iruan Zulkefli di Lata Felda Lawin Selatan.

Turut hadir, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Iruan dalam ucapannya berkata, pihaknya berterima kasih kepada YBR kerana sedia menyahut kerjasama kelab sukan itu bagi menjayakan program sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 itu.

Beliau berharap, menerusi program itu dapat membentuk generasi baru yang bertanggungjawab, komited, prihatin serta mempunyai semangat cintakan negara yang jitu kerana kemerdekaan dikecapi hari ini bukan dicapai dengan mudah, tetapi melalui kerjasama dan kesepakatan antara satu sama lain yang tidak pernah luntur.

“Terima kasih kepada YBR kerana sudi bersama menganjurkan program yang dilihat mampu menarik minat masyarakat setempat dalam menghayati hari kemerdekaan dengan tema “Malaysia Madani: Jiwa Merdeka,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *