Tang Jie-Ee Wei bangkit roboh tembok China untuk bergelar juara

Terbuka Korea: Tang Jie-Ee Wei bangkit roboh tembok China untuk bergelar juara

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Terbuka Korea selepas berjaya mengatasi pasangan China, Guo Xin Wa-Li Qian di Stadium Tertutup Mokpo, Seoul, Korea Selatan sebentar tadi.

Kedua-dua beregu mempamerkan aksi cemerlang di set pertama, saling mengutip mata demi mata sebelum wakil China terlebih dahulu menoktahkan set pertama dengan kemenangan 21-17.

Ketinggalan dalam set pertama tidak menggugat corak permainan Tang Jie-Ee Wei, apabila mereka memperkemaskan aksi sebelum menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-13 untuk mengheret permainan ke set penentuan.

Segalanya serba menjadi buat pasangan negara itu apabila berjaya mendahului 13-8 menerusi corak permainan pantas yang gagal disaingi beregu China itu.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mereka berjaya mengekalkan kelebihan sehingga tamat permainan sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan 21-13. – Astro Arena

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *