BERITA UTAMA
600 keluarga B40 Kuala Langat terima Bantuan Bakul Makanan YBR

600 keluarga B40 Kuala Langat terima Bantuan Bakul Makanan YBR

MORIB – Sebanyak 600 keluarga dari kalangan B40 sekitar daerah Kuala Langat menerima agihan sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR).

Dengan peruntukan disediakan kira-kira RM90,000 bagi sumbangan itu, setiap keluarga menerima sebanyak RM150 dalam bentuk bakul makanan bagi meringankan beban mereka.

Bantuan itu disampaikan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datin Faizah Ariffin dalam majlis penyampaian Ihsan Madani di Dataran Pantai Morib di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Zamri Salleh; Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid; Pengarah

Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional, Datuk Adam Abd. Ghani; Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd. Rahman; Ketua Pentadbiran Korporat YBR, Khairul Na’im Arifin; serta Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat YBR; Mohamad Ghazali Zainal Abidin.

Sementara itu, Faizah dalam satu kenyataan berkata, bantuan itu diberikan kepada mereka yang memerlukan di kalangan keluarga B40, fakir miskin dan ibu tunggal.

“YBR prihatin dengan kekangan yang dihadapi mereka yang kurang bernasib baik disebabkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Yayasan Bank Rakyat juga bersimpati dengan kesulitan dihadapi mereka yang terjejas ini dan berharap bantuan bakul makanan ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang ditanggung.

“Kami di YBR sentiasa cakna dalam membantu masyarakat meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi melalui pembangunan pendidikan, pemerkasaan masyarakat serta bantuan penjagaan kesihatan,” katanya.

Katanya, pada tahun ini, YBR telah memperuntukkan hampir RM600,000 bagi pemberian sumbangan kepada mereka yang memerlukan terutama golongan B40. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *