12 terbunuh dalam tanah runtuh di barat laut Pakistan

12 terbunuh dalam tanah runtuh di barat laut Pakistan

ISLAMABAD – Dua belas orang terbunuh apabila tanah runtuh melanda sebuah rumah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa barat laut Pakistan pada pagi ini, kata pasukan penyelamat, lapor Xinhua.

Kemalangan itu berlaku di daerah Upper Dir yang dilanda hujan lebat sejak beberapa hari lalu, kata Rescue 1122, organisasi penyelamat yang dikendalikan kerajaan, dalam satu kenyataan.

Si mati, termasuk tiga wanita, enam kanak-kanak dan tiga lelaki, merupakan ahli keluarga yang sedang tidur di dalam rumah berkenaan ketika bencana melanda, tambah kenyataan itu.

Semua mayat ditemukan di bawah runtuhan dan kerja-kerja masih dijalankan untuk membersihkan kawasan itu daripada sisa tanah runtuh.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Sebahagian Pakistan kini dilanda hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat, banjir bandar dan tanah runtuh di beberapa daerah. – BERNAMA-XINHUA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *