15 individu dikhuatiri terperangkap di Risda Eco Park

Insiden kepala air Ulu Slim: 15 individu dikhuatiri terperangkap di Risda Eco Park

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 15 orang dipercayai terperangkap di Risda Eco Park, Ulu Slim River, Perak pada petang Jumaat.

Dalam kejadian jam 6 petang itu semua mereka dipercayai tidak dapat keluar dari kawasan itu untuk menyelamatkan diri susulan kejadian kepala air dan pokok tumbang.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Slim River ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.50 petang, Jumaat.

Menurut maklumat awal, jurucakap berkenaan berkata, semua mangsa berkhemah di kawasan itu dan sepasukan pegawai dan anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi penyelamatan.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Setakat ini, kerja-kerja penyelamatan sedang dijalankan. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *