BERITA UTAMA
Tanah jerlus di hadapan Masjid India

Tanah jerlus di hadapan Masjid India, seorang mangsa dikesan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warganegara India dikesan terperangkap dalam kejadian tanah jerlus di hadapan Masjid India di sini pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memberitahu Bernama wanita itu sedang cuba dikeluarkan oleh pihak bomba.

“Kerja-kerja menyelamat sedang berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebentar lagi setelah mendapat maklumat lanjut daripada pegawai operasi,” katanya. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *