BERITA UTAMA
PM Bangladesh Hasina mendarat di India ketika tentera umum kerajaan peralihan

PM Bangladesh Hasina mendarat di India ketika tentera umum kerajaan peralihan

NEW DELHI – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina mendarat di pangkalan tentera udara di India pada petang Isnin, selepas beliau melarikan diri dari negaranya berikutan demonstrasi besar-besaran terhadap kerajaannya, menurut media India.

Hasina berada di dalam pesawat Tentera Udara Bangladesh yang mendarat di pangkalan Hindon Tentera Udara India, di Ghaziabad, berhampiran ibu negara New Delhi, lapor Agensi Anadolu memetik saluran berita India Today.

Terdahulu, ketua tentera Bangladesh, Jeneral Waker-uz-Zaman mengumumkan kerajaan peralihan selepas Hasina melarikan diri dari negara itu di tengah-tengah protes ganas di seluruh negara.

Pihak berkuasa di Dhaka juga menutup Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, menurut akhbar harian nasional Prothom Alo. BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *