BERITA UTAMA
Mohd Azizi tamak, sengaja guna isu peruntukan untuk sokong Anwar - Tuan Ibrahim

Mohd Azizi tamak, sengaja guna isu peruntukan untuk sokong Anwar – Tuan Ibrahim

GUA MUSANG – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim disifatkan seorang yang tamak dan sengaja mengaitkan isu peruntukkan semata-mata mahu menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sedangkan semua ADUN di Kelantan menerima peruntukan.

“Beliau (Mohd Azizi) mengaitkan isu peruntukan yang menyebabkan sokong Kerajaan Perpaduan, sebenarnya bukan soal peruntukan.

“Masalah utama adalah beliau seorang yang tamak kerana semua ADUN di Kelantan mempunyai peruntukan.

“Ini menyebabkan berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undnagan Negeri (DUN). Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, pengundi pilih dia, namun dia ‘terbalik air’ pergi sokong orang lain,” katanya dipetik BHNews ketika melancarkan jentera pilihanraya di Unit Daerah Mengundi (UDM) Perasu, di sini, malam tadi.

Pada masa sama, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu turut mencabar DAP turun padang berkempen di DUN Nenggiri.

“DAP tidak perlu takut untuk tunjuk wajah sebenar di DUN Nenggiri, jangan ingat mereka tidak turun mereka tidak ada, sebaliknya mereka tetap ada.

“Cuma DAP tidak dibenarkan datang ke DUN Nenggiri kerana UMNO bakal hilang deposit memandangkan orang Melayu di sini tidak boleh menerima DAP,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kematian ADUN Mahkota, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, tengah hari semalam, Tuan Ibrahim berkata, kerusi berkenaan juga akan ditandingi BERSATU pada PRK nanti. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *