Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan

Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan

KUALA LUMPUR – Tiga laluan sekitar Putrajaya akan ditutup sementara bermula jam 7.30 pagi sempena sambutan Hari Pahlawan yang berlangsung di Dataran Pahlawan Negara pada Rabu ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, laluan itu melibatkan Jalan Persiaran Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Jalan Lebuh Perdana Timur dan laluan sekitar Kompleks E.

“Jalan akan dibuka semula secara berperingkat selepas tetamu kehormat melalui serta selamat sampai ke majlis berkenaan mengikut masa ditetapkan.

“Laluan kenderaan di Bulatan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah akan diberhentikan seketika semasa lagu Negaraku berkumandang dan akan dibuka selepas acara tembakan meriam,” katanya dalam kenyataan semalam.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Mohd Zamzuri berkata, sebanyak 82 anggota trafik ditugaskan bagi mengawal lalu lintas sepanjang program berlangsung.

Beliau menasihati pengguna jalan raya merancang perjalanan dan hadir awal ke pejabat bagi mengelak kesesakan.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur menerusi talian 03-8886 2138 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur 03-20260597/69 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *