Kes culik Albertine Leo: Polis mohon sambung reman lelaki ditahan di hotel murah Batang Kali

Kes culik Albertine Leo: Polis mohon sambung reman lelaki ditahan di hotel murah Batang Kali

JOHOR BAHRU – Polis akan memohon perintah mahkamah untuk menyambung reman suspek lelaki berusia 31 tahun yang disyaki menculik Albertine Leo Jia Hui, 6, di pusat beli-belah di Iskandar Puteri pada 20 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata reman lelaki itu berakhir hari ini dan sambungan diperlukan bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap suspek yang ditangkap bersama mangsa di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor.

“Sambungan reman dimohon selama tujuh hari mulai esok hingga 5 Ogos bagi membolehkan siasatan lanjut terhadap lelaki tempatan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sambil meminta orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh menganggu siasatan.

Beliau berkata, sebarang maklumat mengenai kejadian itu boleh disalurkan kepada Polis Johor di talian 019-2792095 atau Bilik Gerakan 07-2212999.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu pada 26 Julai, empat suspek pertama kes penculikan Albertine Leo dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman empat hari ke atas dua suspek lelaki dan dua suspek wanita berusia antara 28 hingga 55 tahun itu tamat.

Pada 20 Julai lalu, Albertine Leo disedari hilang kira-kira jam 8.30 malam ketika berada di pusat perniagaan Eco Galleria, Iskandar Puteri di sini.

Susulan kehilangan kanak-kanak itu, polis menahan tiga suspek, iaitu dua lelaki dan seorang wanita di sekitar Gelang Patah, kira-kira jam 1.30 tengah hari 22 Julai bagi membantu siasatan.

Laporan orang hilang yang dibuat kemudian diklasifikasikan semula kepada kes penculikan sebelum seorang lagi suspek wanita ditahan kira-kira jam 12.15 tengah malam 23 Julai.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Empat daripada keseluruhan lima suspek yang ditahan berhubung kes itu kemudian dibenarkan ditahan reman empat hari bermula 23 hingga 26 Julai.

Reman suspek kelima yang ditahan jam 4.45 pagi pada 23 Julai di sebuah hotel murah di Batang Kali, bersama mangsa berakhir hari ini. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *