Tajuk Utama
    Ketua Biro Aduan Awam PN terima ugutan bunuh

    Ketua Biro Aduan Awam PN terima ugutan bunuh

    JOHOR BAHRU – Ketua Biro Aduan Awam Perikatan Nasional (PN) Johor, Lim Thow Siang mendakwa menerima ugutan tembak oleh sekumpulan ‘scammer’ yang aktif di bandar raya ini dan Singapura.

    Thow Siang berkata, ugutan itu diterimanya pada jam 4 petang 18 Julai lalu selepas kira-kira tiga minggu mengendalikan beberapa kes berkaitan penipuan ‘scammer’.

    “Menerusi ugutan itu, individu tidak dikenali itu menyatakan tindakan saya membantu mangsa menjejaskan aktiviti mereka.

    “Menerusi mesej dihantar dalam aplikasi WhatsApp, individu terbabit ugut untuk ancam keselamatan saya termasuk hendak memberikan ‘kacang’ bermaksud peluru atau tembak, selain ugut membakar pejabat,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

    Sinar Harian melaporkan, Thow Siang tidak menolak kemungkinan ‘scammer’ tidak berpuas hati apabila menasihati mangsa agar mengabaikan segala ugutan diterimanya termasuk tidak membayar wang atau pampasan dituntut.

    “Dalam tempoh tiga minggu ini, saya terima lima aduan berkaitan ‘scammer’ dan saya cuba membantu semua mangsa,” katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Taman Desa Cemerlang pada 19 Julai lalu.

    Justeru, Thow Siang berharap pihak berkuasa terus memburu dan mengambil tindakan sesuai membanteras ‘scammer’ secara besar-besaran. – ND

    Telegram: https://t.me/nasionaldaily

    TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

    Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *