ProEight titikberat kecekapan dan kemahiran warga kerja

ProEight titikberat kecekapan dan kemahiran warga kerja

KUALA LUMPUR – Sentiasa menitikberatkan kecekapan dan kemahiran antara agenda utama ProEight Sdn. Bhd. (ProEight), syarikat berasaskan minyak dan gas serta menyediakan perkhidmatan kejuruteraan pam.

Dengan barisan jurutera berpengalaman dan pelbagai kemahiran dimiliki kakitangannya, ProEight tidak pernah mengabaikan soal peningkatkan ilmu dan pengalaman di kalangan warga kerjanya.

Justeru, dengan kesempatan yang ada, sekumpulan warga syarikat mengikuti kursus yang diadakan di sebuah hotel di Pengerang, Johor bagi meningkatkan kerjasama, di samping memupuk visi bersama dengan aktiviti yang direka bagi membantu mereka berhubung serta mengukuhkan hubungan kerja.

_cuva

Program yang diadakan baru-baru ini itu menyaksikan, semua warga kerja, tidak kira dalam unit apa sekali pun akan menyumbang nilai kepada pasukan kerja mereka agar produk yang dihasilkan nanti lebih berkualiti dan dipercayai pelanggan.

“Di ProEight, semua warga kerja menyumbang nilai kepada pasukan. Sumbangan setiap individu adalah penting, menyerupai bahagian yang bekerja bersama-sama dalam mesin yang ditala dengan halus.

“Apabila kita bekerjasama dengan mudah, matlamat kita dapat dicapai. Acara pembinaan pasukan ini mengukuhkan rasa perpaduan yang kuat, dan kami yakin ia akan memacu kejayaan dalam usaha masa hadapan kami,” kata jurucakap ProEight kepada NasionalDaily.

Beliau berharap, semua momentum ProEight terus kukuh, sambil pengurusan syarikat menantikan pencapaian yang lebih menarik pada masa hadapan.

ProEight, syarikat yang mementingkan kualiti kerja telah mendapat kepercayaan entiti berasaskan minyak dan gas dari pelbagai negara, apabila produk dihasilkan memberi kepuasan dalam perkhidmatan.

Dengan barisan para jurutera berpengalaman yang diketuai Pengarah Urusannya, Ir. Azhar Zainal Abidin, nama ProEight menjadi perhatian banyak syarikat minyak dan gas dalam dan luar negara. – NasionalDaily

 Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *