Brazil alami perubahan iklim kritikal, dulu banjir kini diancam kebakaran hutan

Brazil alami perubahan iklim kritikal, dulu banjir kini diancam kebakaran hutan

RIO DE JANEIRO – Brazil kini berdepan kebakaran hutan akibat perubahan iklim yang melanda negara itu.

Sebelum ini, Brazil mengalami banjir teruk sehingga merosakkan ribuan tempat tinggal, yang mana bencana seumpama itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Kita melihat kejadian ini berlaku disebabkan oleh perubahan iklim, dengan kesan yang teruk. Kita tidak pernah menghadapi keadaan iklim, hidrologi dan alam sekitar seumpama ini, sebelum ini,” kata Andre Lima, Ketua Kawalan Penebangan Hutan di Kementerian Alam Sekitar.

Banjir luar biasa yang berlaku tahun ini menengelamkan kawasan pertanian utama di selatan, dengan hujan merosakkan ratusan ribu rumah sejak Mei lalu, sekali gus memusnahkan sebahagian besar tanaman yang penting dalam sektor makanan serta sumber pendapatan dari luar negara.

Kini, Brazil mula merekodkan kebakaran hutan dan ia dijangka menjadi semakin teruk dalam tempoh beberapa bulan akan datang disebabkan suhu tinggi dan angin kencang yang melanda utara negara itu.

Jun lalu, Institut Kajian Angkasa Negara sudah memberi amaran mengenai kebakaran hutan, namun ramai menganggapnya terlalu awal, sedangkan kini kawasan di Amazon, Savana Cerrado serta tanah lembap di Pantanal direkodkan sudah hangus terbakar.

Secara keseluruhan, di seluruh Brazil kebakaran hutan sudah memusnahkan 77,448 kilometer persegi kawasan hutan pada separuh pertama tahun ini.

Di Pantanal, kawasan tanah lembap terbesar di dunia merangkumi Bolivia, Paraguay dan Brazil sebanyak 2,639 kebakaran direkodkan pada bulan Jun saja iaitu lebih lima kali ganda daripada rekod sebelumnya.

“Iklim sudah banyak berubah, ia menjadi tidak dapat diramalkan, angin kering yang sepatutnya diramalkan pada bulan Ogos (tetapi ia) sudah berlaku kini,” kata Rubens Aquino Ferraz, yang tinggal di wilayah Orang Asli Kadiweu di Mato Grosso do Sul, barat tengah Brazil.

Ferraz adalah salah seorang daripada 53 bregedi Orang Asli yang diupah oleh kerajaan untuk mencegah dan memerangi kebakaran di rizabnya, yang meliputi 539,000 hektar (1.3 juta ekar) savana, hutan dan tanah lembap.

Kebanyakan kebakaran besar dilakukan oleh petani atau mereka yang mengambil tanah secara tidak sah bagi mengubah suai atau menukar habitat semula jadi menjadi tanah ladang yang menguntungkan. – REUTERS

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *