BERITA UTAMA
Mahkamah Agung Bangladesh batalkan sistem kuota pekerjaan

Mahkamah Agung Bangladesh batalkan sistem kuota pekerjaan

NEW DELHI – Sebuah mahkamah tinggi Bangladesh hari ini, telah membatalkan keputusan untuk memperkenalkan semula sistem kuota perkhidmatan awam susulan protes besar-besaran membantah rancangan itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik BBC Bangla.

Mahkamah Agung Bangladesh memutuskan, 93 peratus daripada semua pelantikan akan berdasarkan merit berkuat kuasa serta-merta dengan lima peratus diperuntukkan kepada keturunan veteran perang kemerdekaan 1971 dan dua peratus kepada orang daripada kaum minoriti atau kurang upaya.

Sistem kuota asal memperuntukkan lebih daripada separuh pekerjaan sektor awam untuk kumpulan berkenaan.

Ia dilihat memihak kepada penyokong Perdana Menteri Sheikh Hasina dan Liga Awami.

Kuota yang lebih tinggi telah dibatalkan pada 2018, tetapi diperkenalkan semula oleh mahkamah lebih rendah bulan lepas, kata penyiar itu.

Lebih 100 terbunuh dalam keganasan yang tercetus pada Selasa, lapor BBC Bangla memetik akhbar Prothom Alo dan The Daily Star. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *