BERSATU guna logo Pas, pastikan pisang tak berbuah 2 kali di Nenggiri - Radzi Jidin

BERSATU guna logo Pas, pastikan pisang tak berbuah 2 kali di Nenggiri – Radzi Jidin

PUTRAJAYA – BERSATU yakin pengundi DUN Nenggiri akan terus memberi kepercayaan kepada parti itu pada PRK bulan depan selepas bekas Ahli ADUN mereka, Mohd Azizi Abu Naim mengkhianati parti.

Memetik laporan Berita Harian, Naib Presidennya, Datuk Dr. Radzi Jidin memaklumkan pihaknya akan memastikan pisang tidak berbuah dua kali di DUN Nenggiri selepas apa yang berlaku sebelum ini.

“Kita akan pastikan sebaik mungkin, pisang tidak berbuah dua kali dan kita juga yakin pengundi akan terus memberi mandat kepada Perikatan Nasional (PN) dan BERSATU.

“Soal BERSATU akan berdepan berapa penjuru, kita akan lihat nanti pada hari penamaan. BERSATU juga akan menggunakan logo Pas.

“Keputusan itu dibuat dengan mengekalkan kaedah sebagaimana dibuat pada pilihan raya lalu,” katanya pada sidang media selepas Ceramah Isu Semasa Pertahan Nenggiri di Gua Musang, Kelantan semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya belum memuktamadkan lagi soal calon yang bakal bertanding.

“Perkara itu dalam proses kerana kita masih mempunyai masa yang ajak panjang sebelum hari penamaan 3 Ogos nanti,” katanya.

Terdahulu, ketika menyampaikan ceramah, Radzi memohon gelombang kemenangan besar di PRK Sungai Bakap akan dibawa ke PRK Nenggiri.

“Jika di Sungai Bakap kita menang besar tiga kali ganda, di PRK Nenggiri juga kita mahukan kemenangan seperti itu. Insya-ALLAH 17 Ogos nanti, seluruh Malaysia akan meraikan kemenangan PRK Nenggiri,” katanya. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *