PELAKON Zarina Anjoulie sebelum ini didakwa memuat naik satu hantaran di media sosial yang meluahkan rasa rindu kepada Nedim, bekas suami Nora Danish.
Terbaharu! Menurut laporan mStar, Nora tampil bersuara mengenai perkara itu dan berkata yang bekas suaminya itu bersama Anju dah lama dan mereka berkawan rapat.
Pelakon itu juga menyifatkan Anju hanya meluahkan rindu sebagai seorang sahabat baik dan juga akui yang dia tiada masalah dengan Anju kerana sudah tiada kaitan dengan bekas suaminya.
“Saya percaya mereka memang sudah berkawan lama, malah sebelum Nedim bersama saya lagi. Mereka seperti sahabat baik. Saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Anju (panggilan Zarina), kami memang baik.
“Jadi, apabila Anju memuat naik hantaran seperti itu, saya hanya anggap ia sebagai seorang kawan yang merindui sahabatnya. Lagipun, pada waktu itu Nedim sedang sakit.
“Tapi, kalau mereka nak lebih daripada itu (berkawan) pun saya tidak kisah,” kata Nora.
Bukan itu saja, pelakon jelita itu juga memberitahu ada pihak iaitu rakannya sendiri yang menuduhnya masih tinggal sebumbung dengan Nedim. Padahal dia hanya menjaga bekas suaminya ketika di hospital saja.
“Saya terima DM terlalu banyak. Ada yang buat saya kesal, kerana mereka dalam kalangan rakan saya. Mungkin mereka fikir masa Nedim sakit, kami baru bercerai.
“Kami pun bercerai cara baik. Jadi, bila dia sakit saya jaga dia. Saya sudah bersamanya selama 11 tahun. Jadi, kami sudah biasa.
“Bila saya menjaga Nedim, mungkin mereka fikir saya sudah kembali bersama. Saja jaga Nedim di rumah, mungkin ada yang fikir kami sudah rujuk,” katanya.
Nora juga berkata, yang dia belum terfikir untuk rujuk atau bersama semula dengan Nedim.
“Tapi, kalau mereka nak lebih dari itu (berkawan) pun, saya tak kisah. Disebabkan itu, saya terpaksa mengeluarkan kenyataan ini untuk memberitahu mereka, kami tidak tinggal sebumbung.
“Ramai juga yang DM saya bila nampak Nedim dengan wanita lain. Saya cakap, kenapa kena report dekat saya?
“Selain itu, ramai juga yang mendoakan supaya saya kembali dengan Nedim semula. Tapi, apa yang saya boleh katakana, buat masa sekarang ini (rujuk) bukan apa saya fikirkan. Saya kini hanya mahu fokus kepada penghijrahan saya,” ujar Nora. – Oh!Media
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252