BERITA UTAMA
Budak lelaki maut terjatuh dalam tasik

Budak lelaki maut terjatuh dalam tasik

KUALA LUMPUR – Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Selayang pada jam 8.55 malam tadi selepas dihantar ke hospital berkenaan untuk rawatan.

Beliau berkata, polis menerima aduan MERS 999 berhubung kejadian itu pada jam 6.04 petang dan siasatan awal mendapati mangsa tergelincir dalam tasik tersebut sebelum beberapa rakannya meminta bantuan orang awam di kawasan sekitar.

Menurut Ahmad Faizal, tiga anggota polis tiba di lokasi kejadian pada jam 6.08 petang dan mangsa dikeluarkan dari tasik itu dengan bantuan orang awam pada jam 6.52 petang.

“Pada jam 7 malam, tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu sampai di lokasi dan telah memberikan pertolongan kecemasan kepada mangsa kerana ketika itu masih ada denyutan nadi,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mangsa katanya, dibawa ke Hospital Selayang untuk diberikan rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *