Tergamak pukul ibu kandung depan jiran

Tergamak pukul ibu kandung depan jiran

LANGKAT – Wanita ini sememangnya wajar digelar ‘anak dari neraka’.

Tindakannya yang tergamak memukul ibunya sendiri hingga bajunya berlumuran darah turut menjadi tular di media sosial.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Kecamatan Stabat, Kabupaten Langkat di Sumatera Utara, Indonesia.

Klip berdurasi 34 saat itu dikongsikan pemilik akaun Fery Kiting di Facebook dengan kapsyen, ‘Ya Allah, tergamaknya wanita muda itu aniaya ibu kandungnya hingga berdarah-darah.’

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Rakaman itu akhirnya sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, namun jurucakapnya, Dedi Mirza pada Jumaat mengesahkan kedua-dua pihak sudah berdamai.

“Punca dia sanggup mencederakan ibunya tidak diketahui,” ujarnya.

Menerusi klip itu, wanita tersebut dilihat menyerang ibunya, namun jiran tetangga cuba menghalangnya daripada terus memukul mangsa.

Ibu wanita itu kemudiannya menjauhkan diri daripadanya dan meminta perkara itu dimaklumkan kepada keluarga di kampung.

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Wanita itu dikatakan ‘naik hantu’ kerana terpaksa menanggung hidup ibunya.

“Saya sudah penat menjaganya,” katanya di hadapan jiran tetangganya.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *