Bekas Presiden MTUC, Zainal Rampak meninggal dunia

Bekas Presiden MTUC, Zainal Rampak meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Tan Sri Zainal Rampak meninggal dunia pada jam 2.55 pagi tadi.

Menurut Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, pemergian Allahyarham Zainal dirasai kerana beliau merupakan pemimpin kesatuan sekerja terunggul di negara ini.

“Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia kesatuan sekerja di Malaysia dan serantau,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Allahyarham Zainal berkhidmat sebagai Presiden MTUC dari 1986 hingga 2004, memperjuangkan hak dan kepentingan pekerja dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Pada peringkat antarabangsa, beliau turut dikenang atas sumbangannya sebagai ahli badan pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dari 2000 hingga 2004. – ND

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *