Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India

Lebih 100 terbunuh dalam rempuhan di Uttar Pradesh, India

NEW DELHI – Lebih 100 dilaporkan terbunuh dan ramai lagi cedera dalam rempuhan ketika satu perhimpunan keagamaan Hindu di negeri Uttar Pradesh, utara India, semalam.

Kejadian berlaku di kawasan Sikandra Rao di daerah Hathras, kira-kira 180km dari New Delhi.

Rempuhan berlaku apabila acara keagamaan yang penuh sesak itu tamat dan orang ramai jatuh tertimpa semasa sendiri ketika tergesa-gesa untuk beredar.

“Apabila saya cuba keluar, terdapat motosikal yang diletakkan di luar yang menghalang laluan saya. Ramai yang pengsan manakala yang lain meninggal dunia,” kata seorang mangsa yang cedera.

Akhbar tempatan meletakkan angka kematian seramai 120 orang. Saksi memberitahu pemberita keadaan huru-hara ketika kejadian dan mangsa yang cedera tidak menerima rawatan perubatan segera.

Mereka juga mendakwa berlaku kecuaian perubatan dan kekurangan peralatan untuk menangani pesakit serius.

Ketua Menteri Uttar Pradesh, Yogi Adityanath telah mengarahkan satu siasatan dijalankan mengenai kejadian itu.

“Arahan telah diberikan kepada pegawai berkenaan untuk menjalankan operasi bantuan dan menyelamat dengan segera dan memberikan rawatan sewajarnya kepada mangsa yang cedera,” menurutnya dalam satu kenyataan di media sosial. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *