BERITA UTAMA

Pesawat ringan mendarat cemas di kawasan lapang dekat Pelabuhan Klang

KLANG – Sebuat pesawat ringan jenis Piper PA-28-161 kendalian Kelab Penerbangan Subang melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan lapang berhampiran Pelabuhan Klang, petang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazam Mahmud memberitahu, pesawat bernombor pendaftaran 9M-ANA, dinaiki dua individu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 2.50 petang.

“Menara kawalan Subang menerima panggilan kecemasan lapan minit kemudian,” katanya dalam kenyataan.

Norazam memberitahu, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCCM) CAAM di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan pada jam 3.10 petang bagi tujuan koordinasi mencari dan menyelamat.

Kes itu katanya, disiasat Bahagian XXIII Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.

Bagaimanapun, tidak dimaklumkan status kedua-dua individu berkenaan mahupun punca pesawat itu melakukan pendaratan cemas. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *