Pemegang Saham Syarikat Lulus Semua Resolusi AGM Magma

Pemegang Saham Syarikat Lulus Semua Resolusi AGM Magma

KUALA LUMPUR – Para pemegang saham Magma Group Berhad (Magma) sebulat suara meluluskan semua resolusi Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 yang berlangsung hari ini.

Pemegang saham berkumpul untuk menerima laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (TK2023) dan mengundi pada 12 resolusi yang dibentangkan semasa mesyuarat.

Semua resolusi telah diluluskan sebulat suara, menekankan keyakinan para pemegang saham terhadap hala tuju strategik dan kepimpinan Syarikat.

Resolusi yang diluluskan termasuk penerimaan pakai penyata kewangan untuk TK2023, pemilihan semula pengarah dan pelantikan semula juruaudit, antara lain.

Pengarah Urusan Kumpulan Magma. Datuk Seri Thomas Liang Chee Fong berkata, pihaknya berterima kasih atas sokongan dan kepercayaan berterusan para pemegang saham syarikat.

“Kelulusan semua resolusi membolehkan kami bergerak ke hadapan dengan inisiatif strategik kami yang bertujuan untuk meningkatkan nilai dan memacu pertumbuhan yang mampan.

“Fokus kami kekal pada pengukuhan operasi perhotelan teras, memanfaatkan hartanah utama kami untuk meningkatkan kadar penghunian dan Kadar Bilik Purata (ARR), selain komited untuk mengekalkan standard tadbir urus korporat dan kecemerlangan operasi yang tinggi melihat masa depan.

“Kami juga optimis mengenai peluang di hadapan dan berdedikasi untuk mencipta nilai jangka panjang bagi para pemegang saham kami,” katanya di sini, hari ini.

Ketika Syarikat memandang ke hadapan, ia kekal menumpukan pada operasi terasnya dalam sektor hospitaliti, terutama memanfaatkan kekuatan hotel utamanya termasuk Hotel Impiana KLCC, Hotel Impiana Ipoh, Hotel Impiana Senai dan WOLO Kuala Lumpur.

Kumpulan komited untuk meningkatkan kadar penghunian dan ARR, memanfaatkan jangkaan peningkatan dalam ketibaan pelancong dan inisiatif strategik yang berterusan. – NasionalDaily

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *