TEHRAN – Lawatan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila “semua syarat yang diperlukan dipenuhi” dan asas untuk menandatangani dokumen telah disempurnakan, kata Timbalan Menteri Luar Rusia, Andrey Rudenko kepada Sputnik.
Pada 19 Jun, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, beliau menjangkakan Kim Jong Un membuat lawatan balas ke Moscow.
“Saya fikir sebaik sahaja semua syarat diperlukan untuk lawatan ini dipenuhi dan asas tertentu untuk dokumen-dokumen yang perlu ditandatangani pada tahap ini telah disempurnakan, lawatan ini akan berlangsung,” kata Rudenko. – BERNAMA
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252