BERITA UTAMA
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

KUALA LUMPUR – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM42.44 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam RM15.70 bilion.

Hari ini, bank pusat akan melaksanakan tender repo berbalik bernilai RM1.5 bilion untuk 30 hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM43.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM15.7 bilion. – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *