BERITA UTAMA
7 rumah setinggan di Jalan Pudu terbakar, 3 kereta, 3 motosikal musnah

7 rumah setinggan di Jalan Pudu terbakar, 3 kereta, 3 motosikal musnah

KUALA LUMPUR – Tujuh rumah setinggan di Jalan Pudu di sini, dilaporkan terbakar malam tadi dengan enam daripadanya musnah seratus peratus.

Kebakaran turut memusnahkan tiga kereta dan tiga motosikal selain memusnahkan tingkat atas sebuah rumah kedai dua tingkat yang terletak berhampiran.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran itu pada jam 8.04 malam.

Seterusnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Jalan Tun Razak, BBP Cheras, BBP Jalan Hang Tuah dan Pasukan Bomba Sukarela Desa Petaling digerakkan ke lokasi untuk operasi memadam kebakaran.

Operasi membabitkan 25 anggota bomba serta enam jentera iaitu tiga jentera FRT, satu jentera Aerial Ladder Platform (ALP) serta dua jentera Water Tanker.

Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba L Logeswaran, kebakaran membabitkan tujuh rumah setinggan dengan enam daripadanya musnah seratus peratus dan sebuah lagi musnah 40 peratus.

“Kebakaran juga membabitkan rumah kedai dua tingkat dengan kemusnahan seratus peratus di bahagian tingkat atas.

“Terdapat juga tiga kereta dan tiga motosikal terbabit dalam kebakaran musnah seratus peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 1.43 pagi dan kejadian tidak membabitkan mangsa.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – BH

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *