MOSCOW – Sekurang-kurangnya sembilan termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun cedera dalam insiden tembakan di bandar Rochester Hills, Michigan, Amerika Syarikat, lapor Sputnik memetik laporan CNN.
Sheriff Oakland County, Michael Bouchard berkata, pihak berkuasa menjumpai beberapa senjata api dan tiga kelopak (magazin) peluru kosong ketika tiba di tempat kejadian.
Suspek yang keluar dari sebuah kenderaan bertindak melepaskan tembakan.
Polis percaya kejadian itu merupakan tembakan rambang dan punca kejadian sedang disiasat.
Suspek kini terperangkap dalam sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian, dengan pasukan khas dan kenderaan berperisai dikerah untuk membantu pihak berkuasa tempatan. -BERNAMA-SPUTNIK
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252