BERITA UTAMA
Pakar kata tidak perlu kuarantin jika hidup bersama virus Covid-19

Pakar kata tidak perlu kuarantin jika hidup bersama virus Covid-19

KUALA LUMPUR: Pakar virologi berpendapat prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 yang diwajibkan ke atas pesakit sebelum ini termasuk kewajipan kuarantin boleh dimansuhkan.

Pakar virologi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Muhammad Amir Yunus, berkata langkah itu perlu dilaksanakan kerana negara sekarang berada dalam fasa hidup bersama virus.

Bagaimanapun beliau berkata, dalam pada sama negara perlu sentiasa bersedia terhadap kemungkinan kemunculan virus baharu pada masa depan selain COVID-19.

“Nampak caranya kita akan ke arah itu… jika sebelum ini dijangkiti COVID-19 perlu menjalani kuarantin kendiri, namun selepas ini ia tidak perlu lagi.

“Sebaliknya, mereka yang dijangkiti COVID-19 hanya berjumpa doktor seperti biasa dan berehat dengan rawatan diberikan adalah sama seperti kita mengalami selesema,” katanya kepada BH.

Semalam Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata rakyat Malaysia kini berada dalam fasa hidup bersama virus COVID-19.

Ketetapan itu diputuskan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) yang diadakan baru-baru ini.

Pada masa sama, Dr Muhammad Amir berkata, walaupun beberapa SOP COVID-19 boleh ditinggalkan, namun langkah dalam mengawal penyebaran masih perlu dilakukan pesakit secara kendiri seperti memakai pelitup muka ketika dijangkiti.

Beliau berkata, dalam keadaan dunia berdepan pelbagai virus sama ada yang muncul semula atau baharu, tiada siapa boleh mengambil mudah dengan terlalu selesa berdasarkan keadaan sekarang.

“Kita kena sentiasa peka dengan sebarang laporan kes terbaru di peringkat global… seperti sekarang ini, adanya kes selesema burung di Amerika Syarikat (AS) yang sudah menjangkiti manusia.

“Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga memaklumkan kematian seorang mangsa akibat kes jangkitan manusia pertama yang disahkan oleh makmal dengan subjenis selesema burung A(H5N2),” katanya.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *