KUALA LUMPUR – Seperti dijanjikan Air Selangor, kawasan yang terjejas dengan bekalan air selama tiga hari bermula Rabu lalu, telah pulih sepenuhnya hari ini.
Dalam kenyataan dikeluarkan, Air Selangor memberitahu, bekalan air di semua tujuh kawasan terjejas di Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya pada jam 6 pagi tadi.
Ini susulan kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor fasa 1 (LRA SSP1) yang dimulakan Air Selangor pada Rabu, kata kenyataan itu.
Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
“Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini dari semasa ke semasa, daripada saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari airselangor.com.,” kata kenyataan itu dalam Facebooknya.
Sebelum ini, Air Selangor memaklumkan pengguna di tujuh daerah iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor disaran untuk menyimpan bekalan air secukupnya ekoran gangguan berjadual bermula pada Rabu. – ND
Telegram: https://t.me/nasionaldaily
TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1
Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252