BERITA UTAMA

‘Saya bukan lawa pun, kenapa suka hina wajah saya’ – Zarina

KUALA LUMPUR – Pelakon Zarina Zainuddin memohon maaf atas kekhilafan kerana memuat naik foto seorang pengguna laman sosial yang menghina wajahnya, baru-baru ini.

Zarina berkata, dia memuat naik permohonan maaf dalam Instagram (IG) selepas menerima teguran suami, Datuk Seri Dr Abdul Raihan Wan Jaafar dan anak-anak.

“Saya ada memuat naik gambar wanita yang ‘mengata’ wajah saya dalam IG. Bagaimanapun, suami tegur dan mahu saya minta maaf kerana saya tak patut seperti ini.

“Saya hanya manusia biasa, ada hati dan perasaan. Bila orang hina, saya hilang semangat,” kata Zarina.

Zarina berkata, keterlanjurannya memuat naik gambar individu yang menghina wajahnya didorong perasaan tertekan apabila perubahan hidung dan bibirnya sering dipertikaikan.

“Orang kata saya lagi cantik dulu sebelum buat hidung, bibir. Sudahlah asyik cakap benda sama.

“Ada yang kata sekarang nampak tua. Memang saya sudah tua berusia 54 tahun, badan sudah kurus, muka jadi kecil.

“Dulu saya sudah beritahu, saya buat pembedahan sinus dan betulkan kembali hidung saya yang kembang.

“Bibir hanya ‘filler’, nanti larut sendiri dan lama-lama hilang sebab teknik rawatan sekarang tak macam dulu,” katanya lagi.

Apa yang dikesalkan, kata Zarina, ramai membuat rawatan sepertinya, tetapi tidak dikecam.

“Tetapi kenapa saya sering dijadikan sasaran sehingga ada kala membuatkan saya sedih.

“Macam-macam saya nak hadap, ada sahaja komen menyakitkan hati. Saya tak boleh kembali ke wajah dulu, terimalah saya seadanya.

“Saya jadi sedih bila orang hina saya buat pembedahan sinus sebab alami migrain dan vertigo.

“Anda tiada hati dan perasaan ke? Saya bukan lawa pun, kalau lawa sudah jadi heroin filem,” katanya lagi.

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *