BERITA UTAMA

Jumlah korban tanah runtuh di Papua New Guinea terus meningkat

ANKARA – Jumlah korban akibat tanah runtuh di kawasan terpencil di utara Papua New Guinea meningkat kepada lebih 300 orang, kata seorang ahli parlimen pada Sabtu.

Sambil mengesahkan angka korban terkini, Aimos Akem, seorang Ahli Parlimen dari Wilayah Enga berkata tanah runtuh yang melanda kawasan Maip-Mulitaka pada awal pagi Jumaat juga telah meranapkan 1,182 buah rumah di kawasan LLG Luar Bandar, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan PNG Post Courier.

Menurut laporan di lapangan, beliau berkata tanah runtuh itu telah mengakibatkan lebih daripada 300 orang tertimbus dan memusnahkan enam kampung di wilayah itu.

Tanah runtuh itu memusnahkan Kampung Yambili di Wilayah Enga, yang terletak lebih 600 kilometer ke barat laut ibu kota Port Moresby.

Mark Ipuia, seorang pemimpin tempatan dan bekas ahli parlimen dari kawasan itu, berkata Kampung Yambali dilitupi timbunan batu besar akibat tanah runtuh yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi (1700GMT Khamis).

Pihak berkuasa tempatan belum lagi mengesahkan jumlah korban tanah runtuh itu.

Tanah runtuh itu juga telah menghalang jalan yang menuju ke Bandar Porgera, yang terdapat sebuah lombong emas besar.

Amerika Syarikat dan Australia telah menawarkan bantuan kepada Kerajaan Papua New Guinea.

Presiden Joe Biden dan isteri menyampaikan keprihatinan mereka terhadap mangsa yang terjejas dalam satu mesej.

Menteri Luar Australia, Penny Wong berkata Canberra sedia membantu Papua New Guinea – BERNAMA

 

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *