Pramugari MAS meninggal dunia ketika di Tokyo

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan Malaysia (Malaysia Airlines) mengesahkan seorang pramugarinya meninggal dunia ketika sedang transit di Tokyo, Jepun.

Dalam satu kenyataan, Malaysia Airlines, berkata anak kapal kabinnya itu dikenali sebagai Norzana Hanim Hamzah.

Syarikat penerbangan itu berkata, Norzana sedang bertugas di Tokyo Narita dan dijadualkan mengendalikan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

“Syarikat penerbangan sudah berhubung dengan keluarga Norzana dan akan memberi sokongan kepada mereka dalam masa yang sukar ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakan Norzana,” katanya hari ini.

Terdahulu, laman Facebook yang didedikasikan untuk kru kabin di seluruh negara memaklumkan, Norzana meninggal dunia sebelum tiba di Malaysia.

“Punca kematian masih belum dapat dipastikan, tetapi laporan yang belum disahkan daripada komuniti krew MH mendakwa dia mungkin terjatuh ketika bersiap untuk penerbangan pulang,” menurut catatan berkenaan.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *