Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera

KUANTAN – Polis mengesahkan insiden pergaduhan melibatkan dua anggota tentera di sebuah kem di Temerloh, minggu lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian pada 9 Mei itu, mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

“Pergaduhan dipercayai berpunca salah faham antara mereka berdua dan suspek berusia 36 tahun telah direman selama tiga hari serta dibebaskan dengan jaminan polis hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mencederakan dengan senjata.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Terdahulu tular gambar kecederaan seorang lelaki yang disyaki anggota tentera akibat ditetak dengan parang, dalam pergaduhan di sebuah kem.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa menegur suspek kerana telah membuat bising. – BERNAMA

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *