BERITA UTAMA
Draf MoU peruntukan pembangkang siap, sedia diserah – Fadillah

Belum bincang pengganti Speaker Dewan Negara – Fadillah

PUTRAJAYA – Belum ada perbincangan calon pengganti jawatan Speaker Dewan Negara berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mutang Tagal, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Kata beliau, siapa bakal dilantik pengganti akan diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan akan persembahkan nama kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk diperkenankan baginda.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sains Negara di sini, hari ini, beliau berkata, tarikh mesyuarat berkaitan perkara itu juga belum diputuskan buat masa ini.

“Belum ada lagi. Saya tidak tahu bila ditetapkan tarikhnya. Saya tidak tahu sama ada Anwar sudah bincang atau belum dengan mana-mana pihak kerana beliau sibuk di Qatar,” katanya.

Mengenai Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan mencalonkan nama daripada parti itu, Fadillah menjelaskan, apa-apa cadangan perlu dirujuk kepada Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Katanya, beliau tidak tahu berapa nama telah dicadangkan, tepai setakat ini belum ada perbincangan.

Jawatan Speaker Dewan Negara kosong berikutan kematian Mutang pada jam 11.46 pagi Jumaat lalu selepas menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 6 Mei.

Mutang, 70, mencipta rekod sebagai Orang Ulu pertama mengangkat sumpah jawatan itu pada 19 Februari sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20. – NasionalDaily

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *