Orang Asli maut disyaki terkena tembakan

LIPIS – Seorang lelaki Orang Asli maut selepas dipercayai terkena tembakan di sebuah kawasan hutan berhampiran Kampung Tekal, Sungai Koyan, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man ketika mengesahkannya berkata, mangsa berusia 22 tahun itu dipercayai terkena peluru sesat.

“Mayat mangsa dibawa dengan kereta oleh seorang lelaki ke Balai Polis Sungai Koyan pada jam 11 pagi hari ini.

“Pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Sungai Koyan mengesahkan lelaki itu meninggal jam 12.30 tengah hari, ” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

📞 Heda: +6014-808 8897 | 💬 Iqi: +6010-924 2335

Ismail berkata, kejadian berlaku antara jam 1 hingga 2 pagi.

Katanya, susulan itu pihaknya menahan seorang lelaki berusia 38 tahun untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Akta Kanun Keseksaan. Siasatan masih diteruskan,” katanya. – BH

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

📞 +6019-936 9846 (Sharifah) | 💬 WhatsApp Tempahan
📍 3062 Taman Indah, Jalan Banggol, 17500 Tanah Merah, Kelantan

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *