BERITA UTAMA

Mudir didakwa atas lima pertuduhan liwat pelajar

KOTA BHARU – Seorang mudir di sebuah rumah anak yatim dan tahfiz didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas lima pertuduhan meliwat kanak-kanak dan remaja di Bachok dan Machang sejak April 2021 hingga bulan ini.

Tertuduh, Muzaidi Mohamad, yang juga pengasas rumah anak yatim dan tahfiz berkenaan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga kelima, tertuduh didakwa melakukan liwat terhadap tiga kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 15 tahun.

Tertuduh melakukan perbuatan itu di bilik mudir Rumah Anak Yatim dan Dhuafa Darul Mizan di Bachok dan di sebuah bilik tidur di Maahad Tahfiz Assyabab di Machang sekitar jam 10 pagi hingga 10 malam pada April 2021 sehingga April 2024.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Daripada jumlah pertuduhan yang dikenakan, empat darinya melibatkan dua mangsa yang sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan Siti Edabayu Subhan, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Azrul Hasyimi Mohammad.

Ahmad Faiz memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana terdapat kebarangkalian saksi-saksi pendakwaan diganggu oleh tertuduh.

Bagaimanapun, Mohd Azrul Hasyimi memohon jaminan paling rendah dikenakan kerana tertuduh adalah penanggung tunggal keluarga dan mempunyai isteri serta anak yang masih kecil.

Mahkamah kemudiannya menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap kes dengan seorang penjamin.

Tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Mahkamah turut menetapkan 29 Mei untuk tarikh serahan dokumen.

Telegram: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan: admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com / 010-894 2252

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *