Sekitar penamaan calon PRK KKB

KUALA KUBU BAHARU – Hari ini merupakan hari penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, yang berlangsung di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Para penyokong kedua parti bertanding iaitu Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) mula membanjiri kawasan di sekitar Dewan Serbaguna itu sejak jam 7 pagi dengan membawa bendera parti masing-masing.

Calon PN, Khairul Azhari Saut antara yang pertama tiba iaitu jam 8.46 pagi, diikuti calon PH, Pang Sock Tao yang diiringi pimpinan tertinggi masing-masing.

Semalam, media melaporkan tiga calon dari tiga parti menyatakan hasrat bertanding, termasuk parti yang baharu muncul Julai tahun lalu dikenali sebagai Parti Orang Asli Malaysia (Asli).

Bagaimanapun, Presiden Asli, Rashid Ka’ ketika ditemui media menyatakan penarikan calonnya disebabkan masalah teknikal.

Khairul Azhari yang merupakan pemangku Ketua Bersatu Bahagian Hulu Selangor diiringi pencadang, Rihajuddin Anwar Khan dan penyokong, Muhamad Asri Abdullah.

Kehadirannya di pusat penamaan calon diketuai Pengerusi PN yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala Sock Tai mewakili DAP bagi calon PH diiringi Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Agak menarik apabila ada penyokong PN membawa ubi kayu sebagai simbolik kepada kepimpinan kerajaan Madani menerusi Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mahu rakyat menukar makan ubi kayu sebagai ganti beras.

Ketika ini, proses penamaan calon yang bermula jam 9 pagi masih berlangsung dan nama yang layak bertanding akan diumumkan Pengurus Piihan Raya Kuala Kubu baharu, Yuhanas Auree Kamaruddin dijangka jam 10 pagi. – Nasionaldaily

Berita lanjut menyusul

 

Telegram nasionaldaily.com: https://t.me/nasionaldaily

TikTok: https://www.tiktok.com/@nasionaldaily?_t=8kyR2clR7Mv&_r=1

Iklan perniagaan dan produk anda bersama nasionaldaily.com. Email kami admin@nasionaldaily.com / sales@nasionaldaily.com ATAU Whatsapp kami di talian 010-894 2252 untuk dapatkan sebut harga promosi dan termurah!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *